Alhamdulillah, terasa seronok bila boleh masuk tV kan ..pada 2012 yang lalu, dh x ingat bila tarikh tu,, saya bersama-sama 3 orang lagi rakan dan seorang pensyarah pengiring dari kolej komuniti Arau, Perlis telah memasuki ujibakat Imam Muda Musim ke-3 .. klau nk dceritakan perjalanan kami dari Perlis ke kolej komuniti Bayan Baru agak menarik juga.. Perjalanan kami yang sepatutnya sampai pada waktu yg ditetapkan tidak seperti yang diharapkan kerana tayar kereta pancit di atas lebuhraya .. Kami terpaksa menghubungi pihak PLUS kerana peralatan untuk membuka tayar kereta berkenaan tidak mencukupi ..Mujurlah ada juga tayar spare ..hehe ..Setelah tiba saja kami di Kolej Komunti Bayan Baru, Penang, agak terharu juga kerana pihak penganjur ujibakat tersebut belum lagi memulakan sesi ujibakat kerana menunggu kehadiran kami selepas mereka mendapat perkhabaran tentang kejadian di atas highway tadi.. Selepas sesi ujibakat pun bermula dan sebelum itu kami membuat pendaftaran peserta. Bermulalah detik untuk ujibakat, maka bermulalah degupan jantung yg semakin laju ini ..gementar, gemuruh smua ada ..Manakan tidak, perlu berdiri di hadapan orang ramai, peserta2 daripada IPTA/IPTS yg turut menyertai ujibakat tersebut dan di hadapan cameraman daripada Astro OASIS ..Selepas selesai sesi ujibakat, kami diminta oleh krew2 Astro Oasis untuk melakonkan semula kejadian tayar pancit yang berlaku di lebuhraya semasa perjalanan menuju ke kolej komuniti bayan baru, Penang ..Itu saja dapat saya ceritakan pengalaman yg saya dan rakan2 alami.. Jom tengok gmbar2 semasa ujibakat dan klip video yg sempat saya rakamkan di tv .. tunggu sehingga minit ke 3:10 ..
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia. Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)
Kita berasal dari tanah dan akn kmbali ke tanah jua .. Kita datang dari Allah dan kpda Allah juga kita kembali .. DIA, Pencipta kita semua .. Semua yg ada di alam ini, semuanya milikNya, hanya pinjaman buat kita sementara saja .. Al-Fatihah untuk arwah ayah yg trsayang .. Allahyarham Mohd Ayub bin Saad .. semoga Allahyarham ditempatkan besama-sama golongan yang beriman .. Aamiin ~
Kenangan Hari Raya terakhir Allahyarham bersama bonda yg tercinta ~